fbpx

Sakkari tamatkan rentak Osaka

Foto: Sky Sports

MIAMI: Rentetan kemenangan ke-23 berturut-turut Naomi Osaka berakhir apabila pemain nombor dua dunia dari Jepun itu tewas mengejut 6-0, 6-4 di tangan Maria Sakkari pada suku akhir Terbuka Miami pagi tadi.

Osaka yang bermain kejohanan pertama sejak merangkul gelaran Grand Slam keempat di Terbuka Australia, hanya mencuri lapan mata pada set pertama ketika dia gagal mencatat sebarang kemenangan.

Osaka mendahului set kedua 3-0 sebelum Sakkari bangkit yang mengesahkan tempat ke separuh akhir kejohanan berprestij kejohanan gelanggang keras ATP Masters dan WTA itu.

Kekalahan itu menamatkan peluang Osaka mengatasi pendahulu kedudukan dunia dari Australia, Ashleigh Barty minggu ini, berikutan tekanan memuncak dirasainya ketika berdepan pemain nombor 25 dari Greece, Sakkari.

“Sukar untuk diperkatakan,” katanya.

“Kali terakhir saya berada di sini (sidang akhbar), saya tidak memikirkan mengenai kedudukan dunia, tapi seseorang bertanya kepada saya soalan itu, kemudian saya mula memikirkannya.

“Jadi mungkin ia meletakkan tekanan terhadap diri saya. Tapi saya rasa walaupun saya melakukannya, saya sepatutnya boleh meningkat mengatasinya,” kata Osaka.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts