fbpx

3 lelaki ditahan curi elektrik melombong bitcoin

Photo: CNN

SEREMBAN: Polis menahan tiga lelaki disyaki terbabit mencuri elektrik bagi menjalankan kegiatan perlombongan mata wang bitcoin di Seremban 2, di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak, berkata sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban membuat serbuan di tiga premis perniagaan di Seremban 2, kira-kira jam 2 petang.

“Hasil serbuan itu, kita menahan tiga lelaki disyaki terbabit kegiatan perlombongan bitcoin dengan mencuri elektrik yang mengakibatkan kerugian pihak lain.

“Beberapa peralatan turun dirampas membabitkan 300 unit mesin bitcoin jenama Avalonminer A851, monitor (3), Unit Pemprosesan Pusat (3), Modem (3) dan tiga telefon bimbit.

“Barangan lain turut dirampas termasuk serangkai anak kunci dan sebuah kenderaan dengan rampasan keseluruhannya bernilai kira-kira RM600,000,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menanggung kerugian akibat perbuatan seperti ini dengan dianggarkan kira-kira RM75,000 sebulan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427/379 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts