fbpx

Tenis Terbuka Perancis dilambatkan seminggu

PARIS: Saingan Tenis Terbuka Perancis bagi tahun ini akan dilambatkan seminggu, kata sumber yang rapat dengan penganjur kejohanan itu.

Grand Slam gelanggang tanah liat itu dijadualkan bermula pada 23 Mei, tapi kini dilewatkan kepada 30 Mei dengan harapan peminat boleh berkunjung ke Roland Garros.

Terbuka Perancis tahun lalu lewat empat bulan dan dilangsungkan pada September dan Oktober berbanding tarikh biasa antara Mei-Jun.

Penonton dihadkan kepada hanya 1,000 setiap hari.

Halangan berikutan COVID-19 diperketatkan di seluruh Perancis walaupun semua sukan profesional boleh berlangsung secara tertutup.

Presiden Emmanuel Macron menyatakan keinginan untuk kembali membuka operasi panggung wayang, muzium dan teater pada pertengahan Mei.

Pada Selasa lalu, Menteri Sukan Perancis memberitahu AFP bahawa kerajaan sedang berbincang untuk kemungkinan melanjutkannya “beberapa hari.”

– AFP

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts