fbpx

Tuchel kembali tersenyum

SEVILLA: Chelsea bangkit daripada kekalahan memalukan dalam saingan domestik minggu lalu apabila menumpaskan Porto 2-0 pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara hari ini.

Aksi cemerlang Mason Mount mengembalikan senyuman pengendali Blues, Thomas Tuchel selepas pasukannya dimalukan 2-5 oleh West Brom dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.

Kemenangan ini juga memberi kelebihan jaringan gol di tempat lawan buat Chelsea sebelum berdepan Porto dalam suku akhir kedua yang diadakan di venue sama, Ramon Sanchez-Pizjuan, Rabu depan.

Selepas Mount membuka jaringan Chelses pada minit ke-32, Ben Chilwell menambah gol kedua, lima minit menuju tamat permainan.

Selepas dibolosi lima kali ketika menentang West Brom, pertahanan Chelsea mempamer aksi baik di peringkat Eropah apabila tidak bolos dalam tujuh daripada sembilan perlawanan musim ini.

Sumber: Utusan Online

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts