fbpx

Tiada larangan berbuka puasa di hotel

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri tidak mengeluarkan larangan untuk mengadakan majlis berbuka puasa di hotel.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri tidak menerima sebarang arahan larangan daripada Majlis Keselatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun, katanya, pengurusan hotel diminta mengutamakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat dalam melaksanakan program.

“Antara SOP perlu dipatuhi adalah penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, melakukan ujian suhu badan dan mengehadkan jumlah pengunjung berdasarkan kapasiti dewan dan tidak menerima tempahan berbuka puasa secara berkumpulan daripada agensi kerajaan swasta.

“Kebenaran berbuka puasa di hotel hanya membabitkan kumpulan individu serta ahli keluarga terdekat sahaja dan majlis berbuka perlu diadakan secara tempahan,” katanya.

Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Alor Limbat berkata, pengusaha hotel juga diminta memastikan bilangan pelanggan hanya 50 peratus kapasiti restoran atau dewan.

“Setakat ini, tiada larangan khas dikeluarkan MKN dan KKM kepada pengusaha perhotelan bertujuan penganjuran majlis berbuka puasa.

“Kerajaan negeri menganggap majlis berbuka puasa di hotel dibenarkan sehingga ada arahan dan larangan baharu dikeluarkan,” katanya.

Source: Berita Harian
Photo: shopback.my

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts