fbpx

MKN bincang pilihan PKP penuh esok

Takiyuddin Hassan

KOTA BHARU: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh (total lockdown) di seluruh negara merupakan antara langkah-langkah drastik yang sedang dipertimbangkan kerajaan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata, pilihan itu akan dibincangkan lanjut ketika Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersidang bersama Perdana Menteri dan wakil-wakil kerajaan negeri, esok.

“Itu (total lockdown) antara langkah-langkah yang perlu difikirkan oleh pihak MKN, pilihan yang kita ada selepas kita laksanakan PKP, PKPB, PKPP dan sebagainya. Itulah langkah-langkah yang perlu diambil, sama ada secara keseluruhan atau bersasar.

“Esok ada sidang MKN, ia mungkin akan dibincangkan di sana yang melibatkan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Takiyuddin yang juga ahli Parlimen Kota Bharu menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri (JKKN) Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Semalam kes harian Covid-19 di seluruh negara melonjak tinggi hingga lebih 6,000 kes, menyebabkan pelbagai pihak mendesak kerajaan melaksanakan total lockdown sambil menyifatkan PKP 3.0 telah gagal. – UTUSAN

Sumber: UTUSAN

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts