fbpx

Pendaftaran vaksin COVID-19 masih rendah di beberapa negeri

KUALA LUMPUR: Sabah menjadi salah satu negeri terendah dalam pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) apabila sekadar merekodkan sebanyak 18.88 peratus setakat ini.

Berdasarkan statistik dipaparkan di laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), daripada jumlah keseluruhan 12,117,091 yang sudah mendaftar di seluruh negara, Sabah hanya mencatatkan seramai 553,828 individu berbanding sasaran populasinya dan berada dalam kategori merah.

Laman berkenaan boleh diakses menerusi www.vaksincovid.gov.my.

Kelantan menjadi negeri yang kedua terendah apabila merekodkan 34.05 peratus atau bersamaan 419,425 individu yang sudah mendaftar menerusi PICK diikuti Pahang dengan sebanyak 39.61 peratus atau seramai 487,895 individu.

Kedua-dua negeri berkenaan berada dalam kategori jingga.

Putrajaya pula mencatatkan kadar pendaftaran 100 peratus apabila seramai 67,214 penduduknya sudah mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi.

Kuala Lumpur pula merekodkan sebanyak 68.45 peratus diikuti Selangor (66.76 peratus), Sarawak (59.21 peratus), Pulau Pinang (57.49 peratus) dan Negeri Sembilan (55.89 peratus).

Labuan (55.85 peratus), Melaka (53.46 peratus), Johor (52.63 peratus), Perlis (44.09 peratus), Perak (44.07 peratus), Kedah (41.27 peratus) dan Terengganu (40.30 peratus).

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts