fbpx

KPDNHEP lulus operasi 2,412 sektor farmaseutikal

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sehingga semalam, meluluskan 2,412 permohonan sektor farmaseutikal, kluster peruncitan / pengedaran / pemborongan melalui Intelligent Management System (CIMS 3.0) beroperasi sepanjang sekatan kawalan pergerakan penuh ketika ini.

Kementerian itu dalam kenyataan, berkata ia adalah 74 peratus daripada 2,902 permohonan yang diterima pihaknya.

Katanya, terdapat 10 perkhidmatan termasuk farmasi komuniti disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu di bawah sektor perdagangan pengedaran.

“Merujuk laporan sebuah akhbar Selasa lalu, KPDNHEP mengambil maklum semua ahli farmasi komuniti yang berdaftar bawah Kementerian Kesihatan (KKM) perlu mengemukakan permohonan kebenaran beroperasi melalui sistem CIMS 3.0 bawah Sektor Farmaseutikal, Kluster Peruncitan/Pengedaran/ Pemborongan bermula 1 Jun lalu.

“Jadi, kita menyeru farmasi komuniti yang belum mengemukakan permohonan kebenaran beroperasi bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu berbuat demikian melalui sistem CIMS 3.0 dengan segera,” katanya.

Sehingga April lalu, terdapat 3,274 premis farmasi komuniti berlesen mengikut Akta Racun 1952 yang dikuatkuasakan KKM.

Kenyataan itu menyebut permohonan surat kebenaran operasi boleh dibuat melalui laman sesawang https://notification.miti.gov.my. atau menghubungi Pejabat KPDNHEP berhampiran.

Sumber: Berita Harian
Gambar: theedgemarkets.com

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts