fbpx

Hospital Ampang rawat pesakit Covid-19 sepenuhnya

SHAH ALAM – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan penukaran status Hospital Ampang daripada Hybrid Covid-19 kepada rawatan pesakit Covid-19 sepenuhnya.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Sha’ari Ngadiman berkata, penukaran status itu dibuat memandangkan Hospital Sungai Buloh berada pada tahap maksima.

“Hospital Ampang akan merawat pesakit Covid-19 tahap tiga dan empat yang dirujuk dari MAEPS Serdang.

“Saya berharap selepas ini kes Covid-19 boleh dirujuk terus ke Hospital Ampang dan hospital lain boleh menjalankan rawatan khusus untuk pesakit bukan Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian Bakul Prihatin Majlis Bandaraya Shah Alam  di sini hari ini.

Sha’ari turut memberitahu, Hospital Shah Alam akan dijadikan hospital khusus untuk kes pembedahan dan kes biasa bukan Covid-19 bermula hari ini. – K! ONLINE



Sumber: K! ONLINE

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts