fbpx

Siapa lebih penting, syarikat swasta atau rakyat?

LTAAS mempunyai kedudukan yang amat strategik di Lembah Klang dan juga merupakan antara 7 lapangan terbang di dalam negara yang menguntungkan.

PETALING JAYA: Berita penjualan aset MAHB iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang (LTSAAS) kepada syarikat swasta yang tular baru-baru ini dipandang serius oleh Mohamed Nizham Abdullah Hamidi, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Mohamed Nizham difahamkan antara nama-nama yang disebut untuk membeli LTAAS ini merupakan syarikat WTC yang merupakan syarikat hartanah yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang kini menimbulkan suasana yang kurang disenangi oleh bukan sahaja pekerja-pekerja LTAAS malah kami di Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Penjualan aset-aset strategik negara seolah-olah suatu misi yang belum selesai bermula dari pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sehinggalah ke hari ini. Amat mengecewakan bila mana kerajaan  seolah-olah tidak lansung memahami keperluan untuk mengekalkan pegangan kerajaan kepada aset-aset kerajaan seperti LTAAS demi kepentingan rakyat dan negara.

Turut menjadi tanda tanya kepada beliau iaitu,

“Apa alasan kerajaan untuk menjual LTAAS?”

“Adakah kerajaan tidak yakin dengan MAHB yang begitu berpengalaman menguruskan bukan 1 lapangan terbang tetapi lima lapangan terbang antarabangsa, 16 lapangan terbang domestic, 18 Short-takeoff and landing (SOTLport) dan sebuah lapangan terbang di Turkey iaitu Lapangan Terbang Istanbul Sabiha Gokcen. Jadi dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh MAHB sebagai salah satu kumpulan Pengusaha Lapangan Terbang terbesar di dunia”

“Kami tidak nampak ada alasan yang kukuh untuk kerajaan menjual LTAAS ini”, kata Mohamed Nizham

Objektif yang paling masuk akal yang dapat dilihat di dalam kes penjualan LTAAS Subang ini adalah tidak lain dan tidak bukan berorientasikan kepentingan pihak swasta semata-mata yang bakal membuat keuntungan berbilion ringgit dengan pembangunan hartanas besar-besaran. Tidak masuk akal jika kerajaan hendak menggunakan alasan MAHB tidak mampu menguruskan LTAAS sehingga memaksa kerajaan menjualnya kepada syarikat swasta.

Mohamed Nizham turut berkata, bayangkan jika ia dijual kepada syarikat swasta, natijahnya sudah pasti buruk kerana perlu kita ingat bahawa LTAAS mempunyai kedudukan yang amat strategik di Lembah Klang dan juga merupakan antara 7 lapangan terbang di dalam negara yang menguntungkan dan keuntungan inilah yang digunakan sebagai cross-subsidy di dalam membiayai lapangan-lapangan terbang yang kurang menguntungkan.

“Yang rugi itu rakyat dan amat pelik jika kerajaan PN tidak lansung mampu untuk memikirkan kesan buruk daripada penjualan LTAAS ini.”, kata Mohamed Nizham.

MAHB tidak akan mempunyai kekuatan untuk menguruskan keseluruhan lapangan terbang yang dimiliki secara efisyen yang akhirnya akan memaksa mereka menutup lapangan-lapangan terbang yang tidak menguntungkan walaupun ia mempunyai keperluan memberi perkhidmatan kepada rakyat. MAHB merupakan syarikat milik rakyat yang tidak bergantung kepada dana kerajaan walaupun ia dimiliki oleh Kementerian Kewangan, lebih 60% pegangan saham dimiliki oleh Khazanah, KWSP dan KWAP yang mana ia merupakan aset yang mempunyai manfaat besar kepada rakyat.

“Jadi mengapa kerajaan hendak membuat tindakan yang akan menjejaskan kepentingan rakyat?”

“Siapa lebih penting, syarikat swasta atau rakyat?”

Pelan “Subang Airport Regenaration” perlu dibenarkan oleh kerajaan untuk MAHB laksanakan demi kepentingan negara dan rakyat. Kegusaran yang dirasai oleh kesatuan sekerja dengan berita penjualan LTAAS dan berharap kerajaan mampu berfikir secara rasional dan waras di dalam isu ini kerana tidak ada sebab untuk kerajaan PN meragui keupayaan MAHB yang sememangnya mempunyai rekod yang baik di dalam menguruskan LTAAS. Menjual aset negara seperti LTAAS bukanlah cara menguruskan cabaran negara malah kerajaan bertanggungjawab melindungi aset-aset milik rakyat sehabis baik demi kelansungan masa depan yang lebih baik selepas ini ketika kita sedang menghadapi cabaran pandemik dan ekonomi yang hebat


Sumber: Mohamed Nizham Abdullah Hamidi

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts