fbpx

Suntikan vaksin lebih 300,000 untuk dua hari berturut-turut

Foto: Harian Metro

KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin di negara ini mencatatkan agihan melebihi 300,000 dos untuk hari kedua berturut-turut dengan rekod tertinggi semalam iaitu 340,043 dos.

Perangkaan terbaharu itu sekali gus melakar lonjakan 8.4 peratus dalam tempoh 24 jam, berbanding 313,761 dos vaksin yang diberikan kepada penerima, kelmarin.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) menjelaskan sebanyak 206,757 terdiri daripada dos pertama, manakala 133,286 ialah dos kedua.

Sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsan (PICK) dilaksanakan pada 23 Februari lalu, sebanyak 9,660,519 dos vaksin diberikan kepada penerima yang layak.

Pengerusi Jawatan kuasa Kemajuan Orang Asli Kampung Paya Sendayan, Isa Rasid, 52, bersama pasukan sukarelawan Jabatan Kemajuan Orang Asli Pahang, Salina Raman, 32, menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Jerantut, baru-baru ini. - Foto BERNAMA
Pengerusi Jawatan kuasa Kemajuan Orang Asli Kampung Paya Sendayan, Isa Rasid, 52, bersama pasukan sukarelawan Jabatan Kemajuan Orang Asli Pahang, Salina Raman, 32, menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Jerantut, baru-baru ini. – Foto BERNAMA

Berdasarkan jumlah keseluruhan itu, sebanyak 6,791,759 meliputi dos pertama, manakala 2,868,760 ialah dos kedua.

Sekiranya dihitung, jumlah pemberian dos kedua vaksin di seluruh negara setakat semalam itu mewakili 8.8 peratus daripada populasi di Malaysia dan mencecah 12.3 peratus daripada jumlah individu dewasa di negara ini.

Mengikut pembahagian negeri, Sarawak mendahului jumlah pemberian vaksin dengan 1,612,213 dos, diikuti Selangor (1,592,544 dos) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,490,527 dos).

Perbandingan antara kadar pemberian vaksin dengan jumlah populasi dewasa pula menyaksikan Wilayah Persekutuan Putrajaya kini merekodkan berada pada tahap 43.6 peratus, iaitu yang tertinggi, disusuli Labuan (27.9 peratus), Perlis (25.5 peratus), Kuala Lumpur (20 peratus), Sarawak (17.5 peratus) dan Negeri Sembilan (17.5 peratus).






Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts