fbpx

Dua lelaki curi kabel telekomunikasi diburu

Batholomew (dua dari kanan) menunjukkan gambar dua suspek yang diburu. /FOTO IHSAN IPD PAPAR

PAPAR – Polis daerah ini memburu dua lelaki dipercayai terlibat beberapa siri jenayah curi kabel selepas merempuh kenderaan polis, malam kelmarin.

Kedua-dua lelaki terbabit melakukan tindakan berani berkenaan ketika pasukan cuba menahan suspek sebaik identiti mereka berjaya dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, semua suspek berusia 21 dan 36 tahun itu dikesan aktif melakukan kegiatan haram berkenaan sejak tahun lalu.

“Mereka dipercayai melakukan sekurang-kurangnya 10 kes curi kabel telekomunikasi merangkumi nilai kira-kira RM100,000.

“Kedua-dua suspek dipercayai melakukan jenayah ini bersama seorang lagi lelaki berusia 19 tahun yang sebelum ini sudah ditahan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.




Sumber: K! ONLINE

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts