fbpx

Wimbledon 2021: Djokovic benam Berrettini, raih trofi Grand Slam ke-20

Foto: REUTERS/Toby Melville

LONDON: Novak Djokovic menyamai rekod 20 gelaran Grand Slam selepas memenangi kejohanan Wimbledon keenamnya dengan kemenangan empat set ke atas pemain Itali Matteo Berrettini di sini.

Pemain nombor satu dunia itu menundukkan Berrettini 6-7 (4/7), 6-4, 6-4, 6-3 untuk menyertai Roger Federer dan Rafael Nadal dengan 20 gelaran major.

Kemenangan itu turut meletakkannya semakin hampir dengan rekod merangkul keempat-empat gelaran major dalam setahun yang pertama sejak 1969.

“Saya dapat bayangkan ia berlaku dan saya harap saya akan berpeluang melakukannya. Saya berada pada prestasi terbaik dan bermain dengan baik. Menampilkan prestasi terbaik saya di Grand Slam adalah keutamaan saya,” kata Djokovic.

Pemain nombor satu dunia dari Serbia, Novak Djokovic memegang trofi kejuaraan tenis Wimbledon sambil menunjukkan namanya pada senarai pemenang selepas menewaskan pemain Itali, Matteo Berrettini pada aksi final di The All England Tennis Club, Wimbledon, London. - Foto AFP.
Pemain nombor satu dunia dari Serbia, Novak Djokovic memegang trofi kejuaraan tenis Wimbledon sambil menunjukkan namanya pada senarai pemenang selepas menewaskan pemain Itali, Matteo Berrettini pada aksi final di The All England Tennis Club, Wimbledon, London. – Foto AFP.

Kemenangan keenam di All England Club buat Djokovic yang beraksi di final ke-30 dalam kejohanan Grand Slam, menyertai sembilan trofi Terbuka Australia, dua Roland Garros dan tiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) dalam koleksinya.

Sekiranya dia memenangi gelaran keempat di New York September ini, Djokovic akan menjadi pemain ketiga dalam sejarah selepas Don Budge (tahun 1938) dan Rod Laver (1962 dan 1969) melengkapkan Grand Slam tahunan.

Federer tersingkir di suku akhir kejohanan kali ini manakala Nadal tidak bertanding.

“Tahniah Novak di atas major ke-20 anda,” kata Federer, juara lapan kali Wimbledon.

– AFP




Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts