fbpx

Maqis Johor rampas 24,925kg susu formula dari Amerika Syarikat

PASIR GUDANG –  Sebuah kontena membawa 24,925 kilogram (kg) susu tepung dari Amerika Syarikat (AS) ditahan di Pelabuhan Pasir Gudang semalam kerana kesalahan telah mengemukakan sijil kesihatan berbeza dengan nombor siri pada label produk berkenaan.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor, Hizzuan Hasim dalam kenyataan medianya hari ini berkata, kejadian itu disedari  anggotanya yang sedang menjalankan pemeriksaan pada kontena itu kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

“MAQIS mendapati nombor siri establishment yang dinyatakan dalam sijil kesihatan yang diikrar serta pada label bungkusan, adalah berbeza.

“Hasil siasatan MAQIS mendapati kesemua 997 beg susu tepung dengan berat 24,925 kg bernilai RM304,583.50 itu ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya.

IMG-20210702-WA0012-e1626150653449
Sebuah kontena membawa 24,925 kilogram (kg) susu tepung dari Amerika Syarikat (AS) ditahan di Pelabuhan Pasir Gudang, semalam kerana mengemukakan sijil kesihatan berbeza

Hizzuan berkata, jika disabit kesalahan, pengimport boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian dengan memberikan permit, lesen, perakuan atau dokumen lain yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan kepada MAQIS adalah kesalahan mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” katanya.

Beliau berkata, MAQIS sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan akan terus diperkasakan lagi di semua pintu masuk negara.




Sumber: MalaysiaGazette

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts