fbpx

Vaksin ‘walk-in’ untuk yang tercicir, tiada dokumen diri

Foto: NSTP/ASWADI ALIAS.

PUTRAJAYA: Inisiatif suntikan vaksin COVID-19 tanpa janji temu (walk-in) yang diumumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, Jumaat lalu adalah khusus untuk golongan tercicir dan belum mendapat janji temu masing-masing selepas 17 Julai.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) berkata, inisiatif itu bukan untuk orang ramai yang diberikan janji temu masing-masing untuk mendapatkan suntikan vaksin dan golongan tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan.

“Individu di Kuala Lumpur dan Selangor yang sudah mendaftar sebelum ini akan diberikan janji temu dalam masa terdekat. Individu yang belum mendaftar, tetapi tiada kekangan untuk berbuat demikian, juga digalakkan untuk mendaftar untuk vaksinasi secepat mungkin,” kata CITF dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, satu mesej tersebar melalui aplikasi WhatsApp menyatakan bermula 1 Ogos ini, semua penduduk Selangor dan Kuala Lumpur yang berusia 18 tahun ke atas dan belum mendapat suntikan vaksin, boleh pergi ke mana-mana PPV tanpa perlu mempunyai janji temu untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Mesej ‘berantai’ itu turut menyenaraikan 50 PPV serta jenis vaksin disediakan di pusat terbabit.

Jumaat lalu, pada sidang media khas CITF secara maya, Khairy dilaporkan berkata, mereka yang maklumat diri tidak ada dalam sistem Jabatan Perangkaan, tetapi menetap di Selangor dan Kuala Lumpur, boleh mendapatkan imunisasi tanpa janji temu di semua PPV di negeri itu.

People taking the Covid-19 jab during the launch of the Prihatin vaccination service at Grand Seasons Hotel July 15, 2021. — Picture by Miera Zulyana
People taking the Covid-19 jab during the launch of the Prihatin vaccination service at Grand Seasons Hotel July 15, 2021. — Picture by Miera Zulyana

Ia termasuk mereka yang ketinggalan mendapatkan vaksin melalui PICK termasuk individu yang tidak memiliki dokumen pengenalan dan perjalanan.

Khairy dilaporkan berkata, inisiatif itu yang dilaksanakan selepas operasi peningkatan kapasiti bagi meningkatkan pemberian vaksin kepada mereka yang mendaftar sebelum ini, dijangka bermula pada 1 Ogos nanti.

Sementara itu, CITF berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan beroperasi untuk tujuan ‘walk-in’ pada Ogos nanti akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak, manakala PPV sedia ada tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif itu.

Berikutan itu, CITF meminta mereka yang sudah menerima janji temu vaksin untuk menghadiri janji temu pada tarikh dan lokasi PPV diberikan.

“Ini mengambil kira kemunculan varian baharu yang lebih ganas, kes COVID-19 yang tinggi dan keperluan untuk mendapat perlindungan melalui vaksin secepat mungkin,” katanya.




Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts