fbpx

COVID-19 menular dalam kem Arsenal

Foto: Reuters

LONDON: Perancangan pramusim Arsenal berdepan masalah selepas coronavirus menular dalam kem pasukan itu sekali gus menjejaskan hasrat mereka ke Amerika Syarikat (AS).

Mereka sepatutnya terbang ke Florida pada minggu ini namun beberapa pemain dan kakitangan mereka dilaporkan dijangkiti virus itu.

Ujian yang dilakukan pada Isnin menunjukkan kes positif dan mereka akan diuji sekali lagi sebelum terbang ke AS, hari ini.

Namun, perancangan itu dibatalkan termasuklah aksi menentang Inter Milan yang dijadual berlangsung Ahad ini untuk aksi Piala Florida.

Pemenang perlawanan itu akan bertemu Everton ataupun kelab dari Colombia, Millonarios pada 28 Julai ini dengan Everton masih merancang untuk menyertai pertandingan terbabit.

Sebelum ini, skuad bimbingan Mikel Arteta itu tewas 2-1 pada aksi pramusim pertama menentang Hibernian sebelum terikat 2-2 dengan Rangers, Sabtu lalu.

Mereka kini sedang mencari pasukan lawan dalam tempoh 10 hari ini sebelum berdepan dua aksi pramusim berdepan Chelsea dan Tottenham, bulan depan. -Agensi




Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts