fbpx

OLIMPIK: Impian hampir sedekad Soniia akhirnya tercapai

Malaysia's Soniia Cheah reacts during her women's singles quarter-final match against China's Chen Yu Fei at the Thailand Open badminton tournament in Bangkok on August 2, 2019. (Photo by Chalinee Thirasupa / AFP)

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah mendedahkan yang dia sudah hampir sedekad menanti untuk membuat kemunculan pada Sukan Olimpik 2020.

“Bersiap sedia untuk lima tahun?. Tidak, saya berlatih dan lapan tahun menantikannya untuk ini (ke Olimpik Tokyo),” kata Soniia yang sebelum ini pernah meraih gangsa di Kejohanan Asia Berpasukan pada 2020 dan kilauan pingat sama di Sukan SEA 2019 dalam acara berpasukan.

“Ia satu keputusan nekad saya lakukan lapan tahun dulu, yang saya bersedia untuk melakukan segala-galanya bagi membolehkan saya berada di sini walaupun terdapat banyak ketidakpastian sama ada ia satu keputusan yang betul ataupun sebaliknya.”

Soniia, bakal memijak gelanggang buat pertama kali di Olimpik di Musashino Forest Sport Plaza esok bertemu pemain Hungary, Laura Sarosi yang melakar kemenangan pertama dalam peringkat Kumpulan N ke atas Ratchanok Intanon dari Thailand, semalam.

Dia turut dijadual bertemu Intanon, lawan yang mempunyai rekod empat kemenangan dalam empat pertemuan mereka sebelum ini, pada Rabu.

Pemain berusia 28 tahun itu turut berasa bertuah kerana menerima sokongan padu daripada keluarga dan rakannya dalam memburu impian beraksi di temasya Olimpik.

“Saya sangat bertuah dan bersyukur kerana mempunyai keluarga dan rakan yang sentiasa memberi sokongan kepada ‘wanita degil’ ini untuk mengejar impiannya (walaupun adakalanya perasaan itu seakan tidak berbaloi) namun bagi saya, ia berbaloi seperti mana nyawa saya.

“Ayah ibu, saya berharap kamu berdua tidak menyesal dengan keputusan membenarkan @lyddiacheah (kakak) dan saya untuk terus bergiat dalam badminton kerana dengan kepayahan dan kesukaran yang dilalui, ia adalah pengalaman kehidupan yang berharga dan unik.

“Terima kasih ayah ibu, sekiranya saya boleh mengundurkan masa untuk memilih semula karier sukan saya, saya akan tetap memilih badminton,” kata Soniia dalam hantarannya di laman media sosial.





Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts