fbpx

Mesyuarat Khas Parlimen: Speaker tiada kuasa lanjutkan masa perbahasan

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menegaskan kuasa melanjutkan masa perbahasan di Dewan Rakyat bukanlah kuasa beliau.

Sebaliknya, kuasa tersebut ada pada menteri dan terpulang kepada menteri sekiranya didapati sesuai dan bersetuju untuk memanjangkan, memendekkan atau meminda waktu persidangan.

Tegasnya, terdapat banyak persepsi tidak betul berlegar di luar sana berkaitan isu tersebut.

“Aturan 12 (1) mengatakan setiap persidangan majlis hendaklah dimulakan pada 10 pagi hingga 1 tengah hari dan disambung semula pada jam 2.30 petang hingga 5.30 petang atau lebih awal sehingga selesai dalam urusan mesyuarat.

“Aturan 12 (3) pula mengatakan Tuan Yang Dipertua boleh melanjutkan urusan mesyuarat selepas pukul 5.30 petang atau selepas apa-apa masa ditetapkan oleh majlis mesyuarat setakat tidak lebih 15 minit sahaja.

“Itu sebab bila tiap-tiap hari saya duduk yang terakhir itu, saya terus gunakan kuasa budi bicara lain untuk lanjutkan masa sehingga jam 5.45 petang dah, maksimum dah,” katanya pada Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 pada Khamis.

Tambahnya, mengikut proviso aturan 12 (1), ia mengatakan sesuatu usul yan gakan diputuskan tanpa pindaan atau perbahasan boleh dikeluarkan seorang menteri pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan untuk mengubah waktu persidangan majlis.

Tegasnya, melalui aturan tersebut, Azhar sekali lagi menegaskan kuasa melanjutkan perbahasan terletak pada menteri.

Isu tersebut dibangkitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal sidang dan disambut beberapa Ahli Parlimen lain.

“Saya minta pertimbangan Yang Dipertua bincang dengan menteri untuk menambah hari, umpamanya isu pendidikan tak dapat dibahaskan secara terperinci. Isu kesihatan dan COVID-19 juga, ramai tak dapat suarakan.

“Dengan semua perbatasan msa tiga ke empat jam itu kita dapat terima. Kita minta pertimbangkan (lanjutan masa berbahas) kerana ramai ahli Yang Berhormat tidak dapat menyampaikan pandangan mereka,” katanya.

Meskipun Azhar sudah menjawab persoalan tersebut, beberapa Ahli Parlimen masih tidak berpuas hati namun Speaker tetap dengan kenyataannya bahawa kuasa tersebut bukan terletak padanya.





Sumber: Astro AWANI

Share:

One Response

  1. The 15-minutes power is the unilateral imposition by the Speaker. The Speaker should move the House by putting a motion to extend time to the floor. If the motion is passed by majority, such extension of time would be deemed to be done by the House of Representatives, not by the Speaker.
    The Speaker was a law practitioner before taking on as the Chairman of the Election Commission. He cannot play dumb like this.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts