fbpx

371,082 mohon untuk Bakul Prihatin Negara

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun (kiri) menyantuni seorang ibu tunggal Yusmah Yusuf, 44, (tiga, kiri) di Flat Desa Pandan hari ini.Yusmah yang mempunyai lapan orang anak kehilangan suami akibat COVID-19.- Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerima sebanyak 371,082 permohonan Bakul Prihatin Negara – hampir sebulan program itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, sehingga semalam, lebih 50,000 Bakul Prihatin Negara telah diedarkan kepada pemohon-pemohon di bawah bantuan itu.

“Bakul Prihatin Negara telah diedarkan setakat ini berjumlah lebih 50,000 dengan memberikan manfaat kepada 172,239 isi rumah,” katanya kepada media selepas menyantuni seorang ibu kepada lapan anak Yusmah Yusof yang terkesan dengan pandemik selepas kematian suami yang positif Covid-19 di Desa Pandan, hari ini.

Bakul Prihatin Negara dilancarkan Muhyiddin pada 15 Julai lalu, merupakan komitmen kerajaan dalam memelihara kesejahteraan rakyat dan masyarakat yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Muhyiddin berkata, program tersebut membabitkan pengagihan 420,000 bakul bantuan barangan keperluan kepada 1.68 juta penerima dengan peruntukan RM21 juta.

Malah kata Muhyiddin, kerajaan telah menyalurkan sebanyak 2.315 juta bakul makanan membabitkan peruntukan RM173.4 juta yang memanfaatkan seramai 9.26 juta orang sejak pelaksanaan Bantuan Bakul Makanan fasa pertama pada Mac tahun lalu.

Bantuan ini diuruskan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Dalam lawatan itu, Rina turut menyerahkan bantuan kepada Yusmah berupa Bantuan Kanak-kanak berjumlah RM750, bantuan Bakul Prihatin Negara dan juga Tabung Bantuan Segera bernilai RM300.

“Saya turun menyantuni dan sampaikan bantuan kewangan segera kepada beliau dan juga kita tahu beliau sangat memerlukan bantuan.

“Kita akan susuli dengan bantuan kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM750 mulai September depan.

“Kita juga sampaikan alat pembelajaran anak-anak beliau untuk belajar di rumah. Disamping itu kita serahkan Bakul Prihatin Negara dan bantuan lain melalui Yayasan Kebajikan Negara.

“Selain bantuan fizikal kita juga bawa turun bersama kaunselor kepada beliau dan anaknya,” katanya lagi.

Selain bantuan-bantuan itu, Yusmah juga turut menerima bantuan Kotak Kasih sumbangan Yayasan Kebajikan Negara (YKN), selain tablet untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), lima anaknya.

Wanita itu turut diberikan sumbangan wang tunai Bantuan Prihatin sebanyak RM500.








Sumber: MalaysiaGazette

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts