fbpx

Kelantan akan buka beberapa PKRC lagi

Sebilangan pesakit yang didapati positif Covid-19 di Pusat Pemulihan Islam Pengkalan Chepa (PUTIK), Kota Baru, 13 Mei 2021. - Gambar Bernama

KOTA BHARU: Kelantan akan membuka beberapa Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) susulan peningkatan kes jangkitan virus itu sejak beberapa hari yang lalu.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir berkata, PKRC itu akan dibuka membabitkan PKRC Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut yang sebelum ini berada dalam keadaan ‘siap siaga’.

Katanya, PKRC SMK Kampung Laut akan dibuka kembali hari ini dan dapat menempatkan seramai 250 pesakit iaitu 130 lelaki dan 120 wanita.

“Pembukaan kembali PKRC di SMK Kampung Laut menjadikan sebanyak 13 keseluruhan PKRC di negeri ini.

“Kita juga akan membuka PKRC di dua daerah iaitu Machang dan Gua Musang. Pihak kita kini sedang dalam proses untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Selasawati Ghazali (dua kanan) mendengar penerangan daripada Pengarah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kelantan, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir (kanan) ketika meninjau pesakit COVID-19 dalam kalangan bayi dan kanak-kanak di Kelantan meningkat di antara 25 hingga 30 peratus dalam tempoh dua minggu ini  di PKRC Tanjung Chat, di sini, hari ini. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR
Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Selasawati Ghazali (dua kanan) mendengar penerangan daripada Pengarah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kelantan, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir (kanan) ketika meninjau pesakit COVID-19 dalam kalangan bayi dan kanak-kanak di Kelantan meningkat di antara 25 hingga 30 peratus dalam tempoh dua minggu ini di PKRC Tanjung Chat, di sini, hari ini. – Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR

“PKRC di dua daerah berkenaan akan dibuka dalam masa terdekat bagi menampung keperluan pesakit yang makin bertambah,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan 200 kotak makanan untuk kanak-kanak yang disampaikan oleh Pemilik GMF Ideal Gift Supply, Woon Sneau Huey di PKRC Tanjung Chat di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Selasawati Ghazali.

Dr Mohd Zurairie berkata, kadar penggunaan katil di semua PKRC di Kelantan sehingga hari ini adalah di antara 70 hingga 95 peratus.

Semalam, Kelantan merekodkan 915 kes COVID-19 dan enam kluster baharu.





Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts