fbpx

Nilai aset bersih Rihanna RM7.14 bilion

New York: Bintang pop sensasi, Rihanna, 33, secara rasmi tersenarai sebagai pemuzik wanita paling kaya di dunia dengan nilai aset bersih berjumlah AS$ 1.7 bilion (RM7.14 bilion).

Anggaran 1.4 bilion (RM5.8 bilion) daripada jumlah itu adalah perolehan daripada nilai syarikat kosmetik Fenty Beauty miliknya.

Menurut majalah Forbes, bintang kelahiran Barbados itu menjadi penghibur kedua terkaya di dunia selepas personaliti televisyen terkemuka dunia, Oprah Winfrey.

Kekayaan itu adalah keuntungan bersih yang diperolehi Rihanna kebanyakannya adalah hasil pendapatan daripada jualan produk Fenty Beauty, yang dimiliki bersama label mewah, LVMH.

Menurut Forbes, Rihanna memiliki separuh atau 50 peratus daripada nilai keuntungan syarikat yang dinyatakan. 

Ia belum termasuk nilai aset dalam satu lagi syarikat miliknya Savage X Fenty yang dianggarkan bermilai AS$ 270 juta (RM1.1 juta) termasuklah pendapatannya dalam kerjaya seni sebagai seorang penyanyi dan pelakon.

Tahun lalu, majalah Forbes mengumumkan Rihanna sebagai wanita terkaya ‘self made’ di Amerika Syarikat (AS) dengan kekayaan bersih menjangkau sebanyak RM2.4 bilion.






Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts