fbpx

PKRC MAEPS kini 65 peratus penuh

Foto oleh Shafwan Zaidon

KUALA LUMPUR: Kapasiti katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang di sini, mencecah lebih 65 peratus setakat hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, PKRC itu menempatkan seramai 2,588 pesakit COVID-19 kategori satu hingga lima ketika ini, berbanding 3,946 katil yang dimiliki di 13 dewan dan khemah.

Katanya, PKRC 2.0 di MAEPS menerima kemasukan 433 pesakit baharu serta merekodkan 377 pesakit yang sembuh setakat semalam.

“Jumlah keseluruhan pesakit dirawat di PKRC 2.0 MAEPS adalah 134,693 individu membabitkan 97,068 lelaki dan 37,625 perempuan setakat hari ini.

“Selain itu, jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh atau dirujuk ke hospital adalah seramai 132,105 pesakit, dengan 377 dibenarkan discaj serta 25 pesakit dirujuk ke hospital semalam,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Data laporan harian PKRC 2.0 MAEPS yang dimuat naik KKM menunjukkan sejumlah 33 pesakit kritikal kategori empat dan lima kini direkodkan menerima rawatan di pusat itu.

Pusat kuarantin dan rawatan itu juga menerima purata lebih 370 pesakit sehari dalam tempoh 10 hari lalu, berbanding purata 350 pesakit dibenarkan discaj sehari bagi tempoh sama.

Secara keseluruhan, seramai 3768 pesakit COVID-19 baharu masuk ke PKRC itu antara 30 Julai hingga semalam, berbanding 3,499 pesakit dibenarkan discaj bagi tempoh sama.





Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts