fbpx

10 jam padam kebakaran kilang

PELABUHAN KLANG, 11 Ogos -- Sebuah kilang kitar semula plastik terbakar di Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, hari ini. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan para pekerja di bangunan tersebut dipercayai berjaya menyelamatkan diri. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PELABUHAN KLANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengambil masa 10 jam memadamkan kebakaran kilang kitar semula plastik di Lorong Sultan Mohamad 1, kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman di sini.

Pengarahnya, Norazam Khamis, berkata pihaknya kini sedang berusaha memastikan bara api bawah runtuhan padam sepenuhnya sebelum meninggalkan lokasi kebakaran.

“Bomba ambil masa kira-kira 10 jam, bermula tiba di lokasi jam 8.35 malam hingga 6 pagi tadi iaitu padam sekitar 96 peratus. Sekarang kita buat ‘overhaul’ membabitkan bara api di bawah runtuhan struktur bumbung dan dinding.

“Sekarang anggota sedang berusaha memadam dan buat pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca api sebab kilang ini terdiri daripada bahan plastik yang mudah terbakar dan api boleh tercetus semula,” katanya.

Beliau ditemui selepas melakukan tinjauan lokasi kebakaran bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Khairi Shafie dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Razif Mohmad Haris, hari ini.

“Kita sedang fokus ke tempat bawah runtuhan. Ketika ini, kita sudah padam 99 peratus, tinggal bara bawah runtuhan saja,” katanya.

Norazam bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Khairi Shafie dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Razif Mohmad Haris di lokasi kebakaran kilang. - Foto NSTP/ Ruwaida Md Zain
Norazam bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Khairi Shafie dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Razif Mohmad Haris di lokasi kebakaran kilang. – Foto NSTP/ Ruwaida Md Zain

Dalam usaha memadam kebakaran itu, bomba berdepan beberapa cabaran termasuk angin kuat memandangkan kawasan pelabuhan itu berhampiran laut.

“Bila sampai semalam, api sudah menjulang menyebabkan bomba sukar mendekati api yang terlampau besar itu. Bomba juga tidak tahu apa bahan mudah bakar dalam bangunan itu, kita dimaklumkan ada beberapa tangki cecair mudah bakar, jadi bomba bertindak menyejukkan tangki untuk mengelakkan terbakar,” katanya.




Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts