fbpx

AS lulus dos tambahan untuk golongan sistem imun lemah

Foto: PATRICK T. FALLON/AFP via Getty Images

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan suntikan dos tambahan vaksin COVID-19 kepada golongan memiliki sistem imun yang lemah, ketika negara ini bergelut membendung penularan pantas varian Delta.

Pentadbiran Ubat-ubatan dan Makanan (FDA) AS mengeluarkan kelulusan penggunaan kecemasan bagi suntikan dos ketiga vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna.

“Negara ini memasuki satu lagi gelombang pandemik COVID-19, dan FDA sedar individu memiliki sistem imun yang rendah begitu berisiko mengalami gejala teruk,” kata pemangku Pesuruhjaya FDA, Janet Woodcock, dalam satu kenyataan.

FDA menjelaskan, dos tambahan itu adalah untuk penerima yang menjalani pemindahan organ atau golongan memiliki sistem ketahanan tubuh lemah.

“Individu yang sudah divaksinasi sepenuhnya, memperoleh perlindungan mencukupi dan tidak memerlukan dos tambahan vaksin COVID-19 buat masa ini,” kata Woodcook. – AFP






Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts