fbpx

Messi sertai latihan Les Parisiens

BINTANG baharu Paris Saint Germain (PSG), Lionel Messi menyertai sesi latihan pertama bersama Les Parisiens di pusat latihan Camp des Loges, di sini pada Khamis menjelang aksi Ligue 1 menentang RC Strasbourg di Le Parc des Princes.

“Saya perlu lebih bersedia secara fizikal selepas sudah lama tidak beraksi dan berharap dapat kembali segera cergas secepat mungkin kerana saya tidak sabar untuk beraksi.

“Biarpun begitu saya tidak boleh memberitahu bila perlawanan pertama, namun boleh maklumkan yang saya tidak sabar untuk beraksi secepat mungkin,” ujar bekas pemain Barcelona tersebut.

Untuk rekod, kali terakhir kapten Argentina itu tampil beraksi pada perlawanan kompetitif adalah ketika membantu La Albiceleste menewaskan penyandang juara Brazil 1-0 dalam perlawanan akhir Copa America 2021 di Stadium Maracanã, Rio de Janeiro pada 11 Julai lalu.

Messi ketika di bilik persalinan pemain PSG di Stadium Parc des Princes baru-baru ini. FOTO: FB PSG

Skuad kendalian Mauricio Pochettino menyingkap saingan Ligue 1 dengan langkah kanan apabila menewaskan Troyes 2-1 dalam aksi liga di Stade de l’Aube pada Ahad lalu.






Sumber: Sinar Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts