fbpx

14 individu tidak lengkap vaksin dikompaun kerana rentas daerah

Mior Faridalathrash Wahid (dua dari kiri) mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan bersama PDRM di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak, hari ini.

IPOH: Seramai 14 individu yang didapati tidak lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang atas kesalahan merentas daerah.

Kesemua mereka juga didapati tidak memiliki surat kebenaran rentas daerah hasil pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negeri.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesalahan itu direkodkan sejak 10 Ogos lalu susulan kemudahan diberikan kepada penerima vaksinasi lengkap di negeri-negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“14 kompaun yang dikeluarkan itu bukan hanya atas kesalahan tidak mempunyai surat kebenaran rentas daerah malah mereka didapati belum lengkap dos suntikan vaksin Covid-19 untuk berbuat demikian.

“Jumlah tersebut melibatkan kompaun ke atas seorang individu setelah dia gagal membuktikan lengkap divaksinasi kerana tidak membawa telefon bimbit semasa ditahan di SJR,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak, di sini hari ini..






Sumber: UTUSAN ONLINE 

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts