fbpx

Selangor terima lebih 7 juta dos vaksin

SHAH ALAM: Sebanyak 7,499,702 jumlah dos vaksin diterima Selangor daripada Kerajaan Persekutuan sehingga semalam.

EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, daripada jumlah itu, 3,874,982 dos vaksin adalah Sinovac; 3,364,920 Pfizer dan 259,800 AstraZeneca.

“Dari aspek kumpulan sasar, penerima vaksin adalah mengikut janji temu yang sudah diberikan menerusi aplikasi MySejahtera yang sudah diselaraskan dengan jumlah vaksin mengikut fasa yang ditetapkan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Saari Sungib (PH-Hulu Kelang) dalam persidangan DUN Selangor hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Siti Mariah berkata pada masa ini, kerajaan negeri hanya boleh membantu dalam menggiatkan lagi kempen meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat berhubung kepentingan pengambilan vaksin COVID-19.

Katanya, pengambilan vaksin COVID-19 bukan mandatori dan tiada sebarang peruntukan undang-undang boleh dikenakan terhadap golongan yang enggan mendapatkan suntikan berkenaan.

“Jadi, ini yang perlu kita tekankan untuk memberi kesedaran kepada semua orang menerusi kempen kerana jika mereka tidak lindungi diri sendiri pun, sekurang-kurangnya mereka mempunyai kesedaran untuk melindungi orang lain,” katanya menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (PH-Taman Templer) berkaitan isu sama.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts