fbpx

Negara perlukan doktor pakar 28,000 menjelang 2030

KUALA LUMPUR, 14 Sept -- Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR: Negara memerlukan 28,000 orang doktor pakar pada 2030 untuk merawat golongan warga emas dan penyakit tidak berjangkit.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dalam hal demikian Kementerian Kesihatan (KKM) berharap Kementerian Kewangan dapat memberikan komitmen supaya KKM dapat memberikan tajaan kepada doktor kontrak melanjutkan pengajian supaya dapat memenuhi keperluan pakar sedia ada.

“Sekarang ini kita tidak kekurangan doktor siswazah tetapi apa yang kita perlukan doktor pakar. Kekurangan pakar ini menyebabkan pesakit perlu menunggu.

“Oleh sebab itu, MOF harus memberi komitmen supaya kita dapat melatih doktor-doktor kontrak menjadi pakar demi memenuhi keperluan 10 tahun akan datang,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai (PKR-Tangga Batu) tentang masa depan doktor kontrak yang sehingga kini masih belum diserap dalam penjawatan tetap.

Setakat ini, Khairu menjelaskan, seramai 13,000 doktor pakar sedang berkhidmat di sektor perubatan awam dan swasta.





Sumber: UTUSAN

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts