fbpx

Genting Highlands, Melaka, Pulau Tioman bakal dibuka

Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR – Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman bakal menjadi destinasi baharu bagi pelaksanaan gelembung pelancongan negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu telah dipersetujui pada Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 berhubung prosedur operasi Standard (SOP) pada Selasa.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu akan diteliti di peringkat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob pada Rabu.

Sekiranya syor berkenaan diluluskan kebenaran tersebut akan berkuat kuasa bermula 1 Oktober 2021.




Sumber: Sinar Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts