fbpx

Operasi 4 premis perniagaan hingga 12 tengah malam

Foto: REUTERS

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet hari ini bersetuju dengan cadangan supaya stesen minyak, restoran, kedai makan, kedai serbaneka dibenarkan beroperasi secara seragam di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kebenaran itu bagaimanapun dikecualikan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“(Persetujuan) ini akan diangkat ke Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik esok untuk disyorkan oleh Perdana Menteri sebelum diputuskan tarikh berkuat kuasanya,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.




Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts