fbpx

COVID-19: 14,990 kes baharu, Selangor kembali tertinggi

PUTRAJAYA: Sejumlah 14,990 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan Selangor kembali menjadi negeri tertinggi merekodkan kes dengan 2,414 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti di negara ini mencecah 2,142,924 kes.

Katanya, tujuh negeri lain turut melaporkan pertambahan kes harian empat angka iaitu Johor dengan 1,880 kes, disusuli Sarawak (1,712), Kelantan (1,573), Perak (1,490), Pulau Pinang (1,224), Sabah (1,199) dan Kedah (1,007).

Selain itu Terengganu merekodkan 852 kes, Pahang (688), Kuala Lumpur (338), Melaka (313), Negeri Sembilan (170), Perlis (97), Putrajaya (30) dan Labuan (3).




Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts