fbpx

Pembaharuan LKM motosikal di 39 Puspakom mulai esok

Foto oleh Hari Anggara

PUTRAJAYA: Bermula esok, orang ramai boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi motosikal di semua 39 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di seluruh negara.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi kenyataan akhbar berkata, sejak tahun lalu, inisiatif pembaharuan LKM ini mula dilaksanakan kepada kenderaan bermotor persendirian melibatkan kenderaan barangan dengan berat 7,500 kilogram ke bawah.

Menurutnya, bagaimanapun bermula 1 September lalu, inisiatif sama diperluaskan pula kepada kenderaan bermotor persendirian (kecuali kenderaan e-hailing).

“JPJ berharap inisiatif terbaharu ini dapat memenuhi permintaan dan jangkaan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan lebih efisien, cepat dan cekap.

“Ia juga menyediakan kemudahan alternatif selain daripada saluran perkhidmatan sedia ada (kaunter/kiosk JPJ, Pos Malaysia, MyEG dan Portal mySIKAP JPJ),” katanya.

Katanya, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Puspakom 03-51017000.

Pertanyaan juga boleh disalurkan menerusi e-mel [email protected], mesej peribadi di Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn. Bhd. atau Live Chat melalui laman sesawang PUSPAKOM www.puspakom.com.my,” katanya.






Sumber: Utusan

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts