fbpx

COVID-19: 9,380 kes baharu, Sarawak kekal tertinggi

KUALA LUMPUR: Sejumlah 9,380 kes positif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini menjadikan jumlah kumulatif kepada 2,303,837 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,503.

‘’Beberapa negeri mencatatkan kes harian empat angka seperti Kelantan dengan 1,170 kes, Selangor (1,116) dan Johor (1,105).

‘’Ini diikuti Sabah dengan 790 kes, Terengganu (704), Perak (629), Pulau Pinang (623), Kedah (556), Pahang (511), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (214), Melaka (200) dan Negeri Sembilan (191),’’ ujarnya.

Tambahnya, tiga negeri mencatatkan kes positif bawah 100 termasuk Perlis dengan 42 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya (18) dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan lapan kes.








Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts