fbpx

79 projek perumahan swasta bernilai RM5.57 bilion terbengkalai

Currently, 15 projects involving 2,830 units for 2,699 buyers are being restored, according to Reezal Merican.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 79 projek perumahan swasta dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM5.57 bilion disahkan terbengkalai di Semenanjung.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata semua projek terbengkalai di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) itu merangkumi 17,724 unit rumah membabitkan 11,824 pembeli.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 38 projek meliputi 11,511 unit rumah membabitkan 6,319 pembeli sedang dalam peringkat perancangan bagi mengenal pasti kaedah dan mekanisme untuk memulihkannya melalui penyelesaian yang dipersetujui bersama pemaju penyelamat serta pembeli.

Govt in midst of rescuing 79 abandoned housing projects, minister tells  Dewan Rakyat | The Star
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

“Selain itu, sebanyak 26 projek meliputi 3,383 rumah yang membabitkan 2,806 pembeli dalam peringkat statik, yang mana sedang dalam penyelesaian isu perundangan, manakala 15 projek lagi, meliputi 2,830 rumah yang membabitkan 2,699 pembeli dalam peringkat sedang dipulihkan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang bertanya mengenai jumlah keseluruhan projek perumahan terbengkalai mengikut pecahan negeri sehingga 2021 dan punca sebenar ia berlaku serta penyelesaian terhadap perkara itu.






Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts