fbpx

Jenazah Mohd Diya selamat dikebumi

JENAZAH Mohd. Diya Che Jusoh dikebumikan di Perkuburan Masjid An-Nur, Kampung Krubong, Melaka. - FOTO/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA: Jenazah anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang lemas dibawa arus deras petang semalam, selamat dikebumikan, pagi ini.

Jenazah Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Diya Che Jusoh, 46, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Krubong, di sini, pada jam 11.50 pagi.

Terdahulu, jenazah mangsa dimandi dan disembahyangkan di Masjid An-Nur Krubong sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Hadir memberi penghormatan terakhir kepada mangsa Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin; Pengarah Bahagian Operasi JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad serta Pengarah Bomba Melaka, Abu Bakar Katain.

BERNAMA - Dewan Negara ucap takziah kepada keluarga anggota bomba meninggal  operasi banjir di Melaka

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran isteri arwah Noraida Che Nor bersama empat anak berusia antara sembilan hingga 18 tahun, ahli keluarga serta rakan setugas arwah.




Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts