KUALA LUMPUR: Seramai 1,317 mangsa banjir masih ditempatkan di 22 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat negeri seluruh negara.
Menurut Info Bencana oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, antara negeri terlibat ialah Melaka,
Selangor, Perak dan Negeri Sembilan melibatkan 359 keluarga.
Setakat jam 8 pagi pada Jumaat, seramai 942 mangsa banjir daripada 236 keluarga di Melaka masih ditempatkan di 11 PPS.
Antara wilayah terjejas termasuk Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah.
Di Selangor, sebanyak lapan PPS dibuka untuk menempatkan 299 mangsa daripada 81 keluarga.
Wilayah terjejas banjir di negeri itu adalah Klang dan Sepang.
Dalam pada itu, Perak merekodkan 51 mangsa banjir daripada 17 buah keluarga yang masih ditempatkan di dua PPS.
Hanya satu wilayah di negeri itu yang terjejas banjir iaitu di Larut.
Terakhir, Negeri Sembilan membuka satu PPS untuk menempatkan 25 mangsa daripada 25 keluarga.
Wilayah yang masih terjejas banjir di negeri itu ialah Port Dickson.
Sumber: Astro AWANI