fbpx

Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Deepavali dibenarkan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lawatan sempena sambutan perayaan Deepavali bagi tahun ini kepada keluarga penghuni penjara.

Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan berkata, bagi penjara di negeri-negeri yang berada di Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, perjumpaan boleh dilaksanakan melalui dua dua pilihan iaitu secara e-mel Jabatan (Icewarp), panggilan video dan secara bersemuka untuk pelawat yang lengkap vaksinasi.

“Perjumpaan dibenarkan dalam tempoh lima hari iaitu bermula pada 5 hingga 9 November ini yang tertakluk kepada syarat-syarat.

“Seorang penghuni hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga dan lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat temujanji sahaja,” kata kenyataan yang sama.

Justeru, kata kenyataan lagi, tempahan untuk perjumpaan penghuni boleh dibuat bermula hari ini 29 Oktober 2021 sehingga 4 November ini.

Tempahan perjumpaan dengan penghuni boleh dibuat menerusi tiga jenis kaedah tempahan iaitu sistem i-Visit di laman web: www.prison.gov.my, panggilan telefon di institusi berkenaan dan e-mel atau surat ke institusi berkenaan.

“Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat manakala masa perjumpaan tidak lebih 30 minit yang juga bergantung kepada situasi institusi penjara berkaitan.

“Hanya dua orang pelawat sahaja dibenarkan dalam kalangan keluarga yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan penjara.

“Manakala pelawat warga emas yang berumur lebih 60 tahun, kebenaran yang diberi adalah bersyarat iaitu mesti dalam keadaan sihat dan tidak bergejala sebelum melawat penghuni selain pelawat wajib mematuhi SOP PPN Fasa 4 yang telah ditetapkan semasa perjumpaan.

“Kebenaran perjumpaan secara Icewarp atau video call sahaja terpakai kepada penjara di Negeri-negeri yang belum mencapai PPN Fasa 4,” tegas jabatan tersebut,” katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan tempahan perjumpaan bersama penghuni, orang rakai boleh menghubungi institusi berkenaan dan maklumat institusi boleh didapati di laman web Jabatan Penjara Malaysia: www.prison.gov.my.








Sumber: MalaysiaGazette

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts