fbpx

Mulai 8 Nov, tiada penggiliran bagi sekolah 90 peratus vaksinasi lengkap – KPM

Keputusan itu adalah hasil perbincangan bersama dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ― Foto oleh Shafwan Zaidon

KUALA LUMPUR: Institusi pendidikan yang telah mencapai kadar 90 peratus vaksinasi lengkap atau lebih bagi pelajar kelas peperiksaan awam dan antarabangsa kini dibenarkan beroperasi tanpa penggiliran bermula 8 November ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu adalah hasil perbincangan bersama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bagi murid kelas peperiksaan awam dan antarabangsa hadir tanpa penggiliran bagi negeri Kumpulan A dan B akan bermula pada 8 November ini.

“Pengoperasian bagi negeri Kumpulan A juga bermula pada 8 November 2021 kerana 7 November 2021 adalah cuti tambahan sempena Deepavali yang diperuntukkan dalam Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021 bagi sekolah bawah KPM,” memetik kenyataan tersebut.

Empat negeri dalam Sekolah Kumpulan A adalah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu sementara Kumpulan B melibatkan Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Ia membabitkan kehadiran pelajar kelas peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) termasuk kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBD) dan murid kelas peperiksaan antarabangsa lain.

KPM turut memaklumkan, bagi institusi pendidikan bawah KPM yang belum mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus atau lebih bagi murid kelas peperiksaan awam dan antarabangsa seperti di Lampiran 1 dan 2, pengoperasian kekal secara penggiliran.

Pelajar Prauniversiti Semester 3 di Sekolah Sukan Malaysia, murid kelas peperiksaan awam di sekolah berasrama sepenuhnya dan murid kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBD) kekal hadir tanpa penggiliran.







Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts