fbpx

Kes bunuh Zulfarhan: 6 bekas penutut UPNM terlepas hukuman mati

Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas hukuman gantung apabila dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Keenam-enam tertuduh bersama 12 lagi turut dijatuhi hukuman tiga tahun penjara selepas didapti bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa mangsa mencuri komputer riba.

Mereka yang disabitkan adalah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri dan Muhammad Sufi Mohd Mustapha.

Selain itu, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa mangsa mencuri komputer riba.






Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts