fbpx

1,314 kompaun merokok di tempat awam dikeluarkan

KUANTAN –  Sebanyak 1,314 kompaun telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang bagi individu yang merokok di tempat awam di negeri ini dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya, Dr Nor Azimi berkata, kompaun itu melibatkan nilai keseluruhan RM328,500.

Daripada jumlah itu, 643 notis atau bagi kesalahan merokok di tempat makan, merokok di kompleks beli-belah (292) dan merokok di Hentian Rehat dan Rawat (85).

Daerah Maran mencatatkan jumlah pengeluaran jumlah kompaun tertinggi sebanyak 298, diikuti Bentong (241), Bera (152), Rompin (114) dan Kuantan (100),” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Individu yang ingkar mematuhi PPKHT 2004 dikenakan kompaun RM250, katanya.






Sumber: MalaysiaGazette

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts