fbpx

Gangguan bekalan air di 13 kawasan

Foto oleh : NSTP/ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 kawasan di Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah di Plot 2, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat sini hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi aplikasinya memaklumkan, pihaknya terpaksa menutup bekalan air pada jam 11.30 pagi untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan.

“Antara kawasan terjejas adalah Taman Muda, Taman Bukit Permai Taman Bukit Pandan, Kampung Cheras Baru, Taman Mawar, Taman Seraya, Taman Mega, Taman Bukit Teratai, Taman Melur, Taman Saga, Taman Putra, Pandan Mewah dan Taman Mestika.

“Kerja pembaikan sedang berlangsung dan segala usaha diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan serta meminimakan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas,” katanya.

Menurutnya, status terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Sasaran awal kerja siap adalah pada jam 11.30 pagi esok (10 November).

“Untuk bantuan kecemasan, sila hubungi kami di talian 15300. Segala kesulitan amat dikesali,” katanya.

Sementara itu, di Gombak, sebanyak lima kawasan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual disebabkan insiden yang sama di Jalan Taman Melawati, Taman Melawati.

Air Selangor berkata, pihaknya menutup bekalan air pada 8 pagi tadi bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikan.

“Lima kawasan itu adalah Jalan C, Jalan E, Jalan H, Jalan I Taman Melawati dan Kampung Klang Gate.

“Sasaran awal kerja siap adalah pada jam 4 petang ini,” katanya.






Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts