fbpx

[PARLIMEN] : Ahli Dewan Rakyat terima dos penggalak vaksin Covid-19 esok

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon

KUALA LUMPUR : Dos penggalak vaksin Covid-19 kepada ahli Dewan Rakyat akan diadakan di klinik Parlimen kepada mereka yang belum menerimanya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, berkata pemberian vaksin itu akan bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari.

“Ahli Yang Berhormat boleh menghubungi klinik Parlimen untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat janji temu bagi penerimaan dos penggalak itu,” katanya dalam pemakluman sebelum sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Sejak 2 November lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mula menjalankan pemberian dos penggalak kepada Ahli Parlimen.





Sumber: UTUSAN ONLINE

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts