fbpx

Johor harap VTL darat ke Singapura dibuka serentak – MB

Foto : BT FILE

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor memohon agar pembukaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat antara Malaysia dan Singapura dibuka serentak dengan VTL udara pada 29 November ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, pihaknya berharap cadangan itu dipertimbangkan kerajaan Persekutuan.

Setakat ini, katanya, terdapat kira-kira 300,000 rakyat negara ini yang bekerja secara harian dan ulang alik ke republik itu setiap hari.

“Kerajaan negeri menggambarkan kepada kementerian berkaitan dengan pengumuman VTL itu, kalau boleh dapat disekalikan dengan VTL melalui jalan darat.

“VTL menerusi udara telah dibincangkan tetapi melalui jalan darat, kerajaan negeri meminta supaya tarikh pelaksaaan disekalikan, mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dipersetujui kedua negara, semoga ianya dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media Majlis Apresiasi Pre Ihsan Johor 3.0 2021 petugas Info On Whells (IOW) Jabatan Penerangan Johor dan pengamal media Johor di Auditorium RTM Johor di sini semalam.

WhatsApp-Image-2021-11-11-at-10
Ketua Biro Bernama,Baizura Basri (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Hasni di media Majlis Apresiasi Pre ihsan Johor 3.0 2021 petugas Info On Whells (IOW) Jabatan penerangan Johor dan pengamal media Johor di Auditorium RTM Johor semalam.

Terdahulu, media melaporkan Malaysia dan Singapura akan melancarkan laluan perjalanan vaksinasi (VTL) bagi pengembara antara kedua-dua negara yang menggunakan mod pengangkutan udara untuk pengembara yang sudah lengkap divaksinasi.

VTL antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

SOP VTL darat bagaimanapun menurut Hasni bergantung kepada kapasiti pembinaan Pusat Pengembara Perniagaan (BTC) yang sudah mula dibina.

Kerajaan negeri mencadangkan kapasiti pengembara sehari antara 100 individu yang menaiki pengangkutan awam sahaja.

“Kalau VTL udara mungkin lebih mudah dikendalikan kerana setiap penerbangan mempunyai jadual masa ketibaan yang membolehkan petugas bersedia.

“Daripada segi VTL darat, memerlukan persediaan petugas seperti Jabatan Imigresen dan bergantung kepada keluasan BTC bagi menjalankan ujian saringan Covid-19 terhadap pengembara.

“Buat permulaan mungkin boleh hadkan dengan jumlah 100 pengembara yang hanya menaiki pengangkutan awam sahaja kerana ianya mudah untuk dikawal,” katanya.






Sumber: MalaysiaGazette

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts