fbpx

PRN Sarawak: SPR adakan mesyuarat khas 24 November

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh

KUALA LUMPUR: Satu Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak) ke-12 akan diadakan pada Rabu, 24 November 2021.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan mesyuarat akan bermula pukul 9.00 pagi, di sini.

Mesyuarat Khas yang bakal dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Sarawak seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain.

Mesyuarat akan disusuli satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh-tarikh berkenaan dan perkara-perkara berkaitan.





Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts