fbpx

Sesi Persekolahan Penggal 3 bermula 2 dan 3 Januari 2022

KUALA LUMPUR – Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu).

Manakala Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) pada 3 Januari hingga 20 Mac 2022.

Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan B.

Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim mulai hari Isnin, 15 November 2021.





Sumber: MalaysiaGazette

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts