fbpx

VTL Thailand-Malaysia dijangka positif

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah pada majlis pelancaran Kerangka Dasar Luar, di sini, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) di antara Malaysia dan Thailand, dijangka meraih perkembangan positif meskipun wujud kebimbangan berhubung varian Omicron.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata perbincangan VTL untuk laluan darat di utara Malaysia dan selatan sempadan Thailand akan dibincangkan dengan lebih lanjut menerusi lawatan kerja rasmi Perdana Menteri.

Jelasnya, kunjungan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Negara Gajah Putih, pada 29 dan 30 Disember depan, antara lain bakal terarah kepada perbincangan mengenai VTL di antara Malaysia-Thailand.

“Kita ada perbincangan untuk VTL dengan beberapa negara lain, selain Singapura, Thailand dan Indonesia.

“Akan ada sedikit kemajuan mengenai VTL Malaysia-Thailand sebab Perdana Menteri akan mengadakan lawatan rasmi ke Thailand pada 29 dan 30 Disember ini,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Kerangka Dasar Luar, di sini, hari ini.






Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts