fbpx

86.6 peratus remaja lengkap vaksinasi setakat semalam

Jururawat Noraina Salikon menyemak borang pendaftaran pelajar di bilik suntikan semasa program imunisasi Kebangsaan untuk Remaja di SMK presint 8(1) di Putrajaya. (20 September 2021) — AZHAR MAHFOF/The Star

KUALA LUMPUR: Seramai 2,726,684 atau 86.6 peratus populasi remaja di negara ini sudah lengkap divaksinasi sehingga jam 11.59 malam tadi.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang dimulakan pada Ogos lalu menyasarkan 3.2 juta remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun menerima vaksin COVID-19.

Berdasarkan kemas kini laman sesawang COVIDNOW, seramai 2,833,870 atau 90 peratus individu kumpulan usia terbabit menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Ia menjadikan keseluruhan dos yang diberikan sebanyak 5,560,554 dengan semalam mencatatkan pertambahan 1,627 orang menerima suntikan vaksin mereka.

Bagi kalangan populasi dewasa pula, kira-kira 97.1 peratus atau seramai 22,734,488 daripada golongan itu sudah lengkap vaksinasi setakat ini.

Sementara, mereka yang baru sekurang-kurangnya satu dos ialah seramai 23,058,008 orang atau mewakili 98.5 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa negara ini.

Ketika ini, sebanyak 3,164,254 dos penggalak diberikan dengan semalam merekodkan bilangan 113,423 menerima suntikan dos terbabit.





Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts