fbpx

COVID-19: 5,058 kes baharu hari ini, 41 lagi kematian

Foto oleh Hari Anggara

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu harian COVID-19 yang dilaporkan pada Jumaat menurun sedikit, apabila sebanyak 5,058 kes lagi dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini adalah 2,683,523 kes.

Jumlah kes mengikut negeri akan dikongsi di portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) COVIDNOW.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan 41 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,787 orang, daripada 2.67 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, enam daripada 41 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).






Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts