fbpx

Boleh bayar saman trafik di ATM Maybank, Pejabat Pos

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh. - BERNAMA/ARKIB

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh membayar kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun hingga 80 peratus menggunakan mesin ATM Maybank.

Mereka juga boleh membayar saman itu di Pejabat Pos, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negara, selain melalui portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata pembayaran saman bagaimanapun tidak boleh dilakukan menerusi sistem dalam talian Maybank.

Sementara itu, katanya, hasil pemantauan di kaunter bayaran saman trafik di ibu negara hari ini mendapati tiada kesesakan luar biasa dilaporkan.

“Kita lihat tiada kesesakan hari ini dan kurang orang beratur untuk bayar saman di kaunter trafik sekitar Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita menerusi WhatsApp, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengumumkan tempoh diskaun untuk bayaran kompaun saman trafik yang dijadualkan berakhir tengah malam tadi dilanjutkan hingga 31 Disember ini.






Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts