fbpx

Deposit RM5,000 untuk sertai lelongan barang Sajat

Antara barangan dalam rumah Sajat yang dilelong selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 8 Disember lalu memerintahkan lelongan awam dilaksanakan.

PETALING JAYA: Individu yang ingin menyertai proses lelongan barang dikehendaki meletakkan deposit wang tunai RM5,000 sebelum dibenarkan masuk ke rumah.

Proses pendaftaran barang lelongan berkenaan yang disita dua minggu lalu, ditutup pada jam 10.45 pagi tadi selepas pendaftaran dibuka bermula pada jam 9.30 pagi.

Difahamkan setiap pembida perlu membeli semua barangan bernilai hampir RM70,000 dan pembelian satu unit barangan tidak dibenarkan.

Setakat ini mereka yang menyertai proses lelongan dibawa masuk meninjau kediaman dua tingkat di No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, di sini.

Sajat di rumahnya pada Februari 2017. - Foto fail NSTP
Sajat di rumahnya pada Februari 2017. – Foto fail NSTP

Menurut perisytiharan jualan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 8 Disember lalu, mahkamah memerintahkan lelongan awam dilaksanakan.

Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zukifili dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors dalam kenyataannya berkata, selaku peguam kepada plaintif OWA Resources Sdn Bhd, pihak defendan didapati tidak membuat pembayaran selepas writ penyitaan dan penjualan ditampal di premis Muhammad Sajjad pada 14 Disember lalu.

Nurwati Hussin, 41, dan Mohamed Syakir Hussin, 32, dari OWA Resources iaitu bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Muhammad Sajat cuba mendapatkan semula wang mereka selepas pampasan RM200,000 gagal dibayar usahawan itu.

Lelongan aset berkenaan adalah cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan.

Antara barangan dalam rumah Sajat yang dilelong selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 8 Disember lalu memerintahkan lelongan awam dilaksanakan.
Antara barangan dalam rumah Sajat yang dilelong selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 8 Disember lalu memerintahkan lelongan awam dilaksanakan.





Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts